Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Wednesday 24 September 2014

MB Selangor : Pesanan Adik Buat Si Abang

Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat." Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

“Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.

“Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik,” katanya kepada semalam.

Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.

Menurut Ummi, tugas Mohamed Azmin kini bukan sahaja kepada rakyat, tetapi cabaran buatnya adalah untuk membersihkan segala kontroversi yang melanda PKR.

“Dia ada kredibiliti sebagai pemimpin dalam membuat sebarang keputusan. Cuma saya berharap dia tidak menjadi ‘remote control’ kepada (Ketua Umum PKR, Datuk Seri) AnwarIbrahim,” katanya.

Katanya, menjadi tanggungjawab Mohamed Azmin untuk membuktikan kepada rakyat bahawa segala keputusan yang dibuatnya selepas ini bukan arahan dari pihak tertentu.

Menurut Ummi, kerusi Menteri Besar Selangor secara tradisinya dikenali sebagai kerusi 'panas' dan beliau tidak mahu melihat Mohamed Azmin jatuh seperti bekas-bekas menteri besar sebelum ini. Kredit

Tuesday 23 September 2014

Pengkalan Kubor Popular Di Google

TUMPAT - Sebelum pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor diadakan, tidak ramai di kalangan pengguna internet negara ini mengetahui lokasi dan keadaan yang berlaku di kawasan berkenaan.

Namun selepas anggota Dun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu, sifat ingin tahu pengguna internet mulai meningkat untuk meneroka dan mencari perkembangan semasa hingga membuatkan graf pencarian dengan kata kunci 'Pengkalan Kubor' menggunakan enjin carian Google.com meningkat mendadak.

Mengikut rekod enjin carian tersebut, kata kunci "Pengkalan Kubor" mempunyai lebih 900,000 pautan dan keputusan sehingga berita ini ditulis.

Ia merangkumi pencarian rumah sewa, hotel, zon bebas cukai, lokasi kedai makan, jumlah pengundi dan pecahannya, maklumat calon parti yang bertanding dan berita semasa mengenai PRK kawasan itu.

Menurut rekod itu lagi, tahap bacaan pengguna internet di kalangan golongan pertengahan mencatat rekod paling tinggi iaitu 78 peratus.
  
Ini diikuti pengguna internet dari kalangan asas iaitu mencatat peratusan 14 peratus sementara pengguna internet dari kalangan profesional lapan peratus sahaja.

Carian kata kunci imej 'Mat Razi' atau nama penuh calon BN itu, Mat Razi Mat Ail pula mencatatkan ribuan gambar yang berkisar mengenai penamaan calon, lawatan rumah ke rumah serta kempen yang diadakan.

Turut menjumpai klik pengguna mencari laman sosial Facebook Mat Razi di https://www.facebook.com/razi.matail?fref=ts . Bagaimanapun aktiviti Facebook beliau dilihat tidak aktif.

Facebook calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim, https://www.facebook.com/wan.rosdi.9?fref=ts turut ditemui dan dilihat aktif sementara alamat Faceboook calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary tidak ditemui.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. - Bernama

Monday 22 September 2014

Biodata Azmin Ali; Menteri Besar Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa , Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, berkuatkuasa esok.

Perkara itu terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, kepada Timbalan Presiden PKR itu hari ini.

Salinan surat berkenaan diedarkan kepada media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Mohamed Azmin diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi esok.

Mohamed Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Mohamad Munir, ketika dihubungi BERNAMA, mengesahkan beliau sudah menyerahkan surat pelantikan itu kepada Mohamed Azmin.

"Pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Mohamed Azmin dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya.

Biodata Mohamed Azmin Ali
- Dilahirkan pada 25 Ogos 1964 di Singapura.

- Lulusan Ijazah Sarjana Sains Ekonomi dan Matematik dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.

- Mendirikan rumah tangga dengan Shamsidar Taharin ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pendidikan di institut sama.

- Dikurniakan enam cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan.

- Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1987.

- Naib Presiden PKR dari November 2001 hingga November 2010

- Timbalan Presiden PKR dari November 2010 hingga kini.

- ADUN Bukit Antarabangsa (Sejak 2008 ).

- Ahli Parlimen Gombak (Sejak 2008).

Sunday 21 September 2014

Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam Beramai-Ramai

Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.

Anggota pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai.

Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam.

Pasukan Cameroon berasal dari akademi bolasepak yang ditubuh khas untuk anak-anak yatim, orang geladangan dan orang miskin.

Ketua Pengarah IACAD, Dr. Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam.

“Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai tolerans,i berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri,” kata Dr Hamad.

IACAD banyak menganjurkan program untuk golongan mualaf dan orang bukan Islam dalam memperkenalkan mesej wasatiah yang sebenar Islam sebagai agama untuk semua.

Jabatan yang diasaskan oleh Almarhum Sheikh Rashid Saeed Al Maktoum pada tahun 1969 ini bertindak sebagai  badan yang  bertanggungjawab menguruskan pusat menghafal Al-Quran, menyelia dan menjaga masjid, menguruskan perlesenan persatuan kebajikan dan institusi Islam dan menyelia hal ehwal pentadbiran, kewangan serta hal ehwal Fatwa.

Setakat ini IACAD mempunyai 17 pusat Islam dan 38 pusat hafalan suci Al-Quran di Dubai. Kredit

Saturday 20 September 2014

GEMPAR! Sah Wujud Usaha Gulingkan Presiden PAS

BATU PAHAT - Perwakilan PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengakui wujudnya usaha menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepertimana dakwaan khabar angin sebelum ini.

Berucap ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Fadhli menjelaskan, usaha tersebut jelas diperlihat ketika pertemuan haluan kiri ini di Pustaka Azara, Kota Bahru ada 31 Ogos lalu.

"31 Ogos lalu ada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hadir untuk jatuhkan Presiden.

"Saya ada bukti video tersebut. Jika saya pasang di muktamar ini tak cukup masa. Panjang video itu," katanya di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan Pemuda PAS keluar dewan ketika persidangan Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini.

Kumpulan yang memakai vest yang tertera ungkapan 'Kami menyokong Presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU)' bertindak sedemikian ketika Timbalan Presiden Mohamad Sabu berucap merasmikan sidang muktamar tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan boikot Pemuda ke atas Timbalan Presiden disebabkan oleh kenyataan terbukanya membantah keputusan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor.

Tambahnya, kenyataan Mat Sabu itu sangat memaluan parti dan dibimbangi akan membuatkan Presiden kecil hati.

"Saya kalau ada vest itu saya pun kan pakai.

"Perbezaan pendapat tak salah jangan bantah secara terbuka. Ini boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan akar umbi.

"Kalau ada perbezaan pendapat selesai dalam mesyuarat bukan di dada akhbar," tegasnya lagi. Sumber

Friday 19 September 2014

Malaysia Lebih Teruk Dari Apartheid Afrika Selatan

“Ada ahli politik pencen mendakwa di Malaysia, keadaan lebih buruk dan teruk daripada zaman apartheid di Afrika Selatan”. sumber bekas Menteri dan Ahli Politik pencen.

Ini memang tak benar sama sekali. Apakah yang berlaku di Afrika Selatan semasa zaman apartheid? Antara yang berlaku adalah:

1. Kaum kulit hitam dilarang tinggal di kawasan sama dgn org putih
2. Kaum kulit hitam dilarang pergi ke pantai yang dikunjungi org putih
3. Kaum kulit hitam dilarang menggunakan bas yang digunakan org putih
4. Kaum kulit hitam dilarang mendapatkan rawatan di hospital yang digunakan org putih
5. Kaum kulit hitam dilarang bersekolah di sekolah org putih
6. Kaum kulit hitam dilarang belajar di university yang sama dgn org putih
7. Terdapat banyak papan tanda “white only (utk orang kulit putih saja)” di tempat awam, termasuklah perhentian bas, malah bangku di taman!
8. Kaum kulit hitam mendapat perkhidmatan yang lebih rendah kualiti berbanding org putih
9. Kaum kulit hitam dari negara asing dicegah daripada berhijrah ke afrika selatan
10. Kaum kulit hitam dilarang tinggal di kawasan Bandar. Jika mereka ingin tinggal di Bandar, mereka diwajibkan mempunyai pekerjaan di situ.
11. Dan sebagainya.

Ya, selepas membaca senarai di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang amat bertolak ansur. Sudahlah kita memberi kerakyatan kepada bangsa asing, malah mereka bebas bergerak ke sana ke mari, bebas tinggal di mana jua, menikmati khidmat sama seperti yang dinikmati orang Melayu, tiada diskriminasi dari segi hospital yang boleh dikunjungi, bebas berniaga, bebas mencari pekerjaan di mana saja dan banyak lagi.

Malah, bangsa lain dibenarkan, bahkan mendapat bantuan kerajaan bagi menubuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India. Apa lagi yang mereka mahu? Orang Melayu mendapat sedikit hak istimewa sebagai balasan kepada memberi kerakyatan kepada kaum lain. Ini sudah pun dipersetujui sejak sebelum penubuhan Malaysia lagi. Jadi, apa yang nak dipertikaikan?

Orang Melayu tidak main khianat kerana hak istimewa orang Melayu memang sudah termaktub dan jelas tertulis dalam perlembagaan, susulan persetujuan semua kaum. Sebaliknya, kaum kaum lain mengkhianati orang Melayu dengan amalan amalan perkauman mereka. Kaum bukan Melayu konon menyeru ke arah persaingan secara sihat dan adil, tetapi hakikatnya, mereka sendiri tidak bersaing secara adil. Kehidupan mereka penuh dengan amalan amalan perkauman yang matlamatnya adalah bagi menjatuhkan orang Melayu.

Sekarang ni, ramai Melayu tak sedar diri yang menuduh bangsa sendiri sebagai racist dan Malaysia pula mengamalkan apartheid. Tak dinafikan memang ada segelintir orang Melayu yang bertindak keterlaluan, tetapi hakikatnya, bangsa cina dan india lebih racist daripada orang Melayu.

Malah di kalangan bangsa India, mereka mempunyai sistem kasta, hinggakan di India, orang kasta rendah diperhamba, malah dibunuh. Orang Cina pula memang dah terkenal dengan sikap racist mereka. Banyak perkara racist yang dilakukan orang mereka, termasuklah:

1. mengenakan syarat pandai berbahasa ibunda mereka untuk diambil bekerja,
2. memberi gaji berbeza kepada pekerja walau pangkat dan kelayakan sama,
3. membekalkan produk pada harga lebih murah kepada peniaga sejenis mereka berbanding dengan kaum lain,
4. mengkhaskan lot lot kurang berkualiti sebagai lot Bumiputera dalam projek perumahan
5. dan sebagainya.

Di atas hanyalah sebahagian daripada amalan amalan perkauman mereka. Di harapkan kita semua dapat sediakan senarai lengkap amalan amalan perkauman/racist mereka dan sebarkan kepada seluruh bangsa Melayu. Tujuannya bukanlah bagi menyemai konfrontasi dengan bangsa lain, tetapi adalah bagi tujuan menyedarkan orang Melayu agar sentiasa mempertahankan hak mereka dan memperbaiki bangsa mereka, khususnya dari segi agama, akhlak, ilmu, kebolehan, ekonomi dan sebagainya.

Usah dengki dan asyik mengumpat fitnah serta menyihirkan sesama sendiri, dan taksub pada artis. Pada masa sama, kita bekerjasama dengan bangsa lain bagi memajukan Malaysia.

Setiap hari, setiap anggota bangsa Melayu wajib memulakan hari mereka dengan bertanya, “OK, pada hari ini, apakah sumbanganku untuk agama Islam dan bangsa Melayu?” Ini soalan harian yang wajib buat kita semua, terutamanya para pemimpin Melayu. Kredit

Wednesday 17 September 2014

Wakil Rakyat Kecam Lagu Negaraku Minta Maaf

Kuala Lumpur – Ekoran kritikan dan kecaman yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana mempertikaikan lagu Negaraku di mainkan di pawagam anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Melalui laman Facebooknya Chieng Jen mengakui telah mengunakan bahasa yang tidak sesuai ketika mengeluarkan komen mengenai isu tersebut.

“Walaupun saya merasakan keputusan memainkan lagu Negaraku di tempat hiburan seperti panggung wayang tidak sesuai, namun (saya mengaku) telah menggunakan ayat yang tidak sesuai.

“Saya dengan ini menarik balik posting dan memohon maaf kerana telah mengeluarkan komen tersebut” ujarnya.

Ching Jen turut menjelaskan beliau dan keluarganya turut berdiri ketika lagu kebangsaan itu dimainkan dan tidak berhasrat untuk merendahkan maruah lagu Negraaku.

Tinjauan SuaraTV mendapati status tersebut telah dipadamkan dari laman Facebooknya.

Beliau sebelum mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.
Status Chong, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis “Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia.”

Andry Augustine pula memberi komen “Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan “Sorry, you are disqualified to earn my respect even you’re a politician.”

Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal. Sumber

Wakil Rakyat Kecam Lagu Negaraku Di Pawagam Undang Reaksi Negatif

KUALA LUMPUR - Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.

Status Chong, antara lain, menyebut "Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?"

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis "Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia."
Andry Augustine pula memberi komen "Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan "Sorry, you are disqualified to earn my respect even you're a politician."

Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal. Sumber

Tuesday 16 September 2014

TPM Minta Pas Henti Buat Tohmahan

TUMPAT 16 Sept. - Pas diminta berhenti daripada membuat tohmahan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka sebagai kerajaan negeri.

Beliau berkata, BN hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini dan tanggungjawab mereka terbatas berbanding Kerajaan Pas Kelantan yang mempunyai kuasa yang lebih luas. Sumber

Monday 15 September 2014

Ketua Pengarah FELDA Nafi Ada Hubungan Dengan Siapa?

SHAH ALAM: Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Faizoull Ahmad menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan orang dikehendaki atau berhubung pembelian kelab bola Scotland Glasgow Rangers.

“Saya tidak tahu siapa dia (Rafat Rizvi),” katanya.

Menurut Faizoull, entah bagaimana Rafat muncul bersamanya dan media pula kemudian mendakwa mereka saling mengenali.

Faizoull juga berkata, akhbar Scotland Daily Record juga salah apabila menyatakan seorang daripada dua orang yang dirakam bersama saya ialah Rafat.

“Lelaki dalam gambar itu rakyat Malaysia dan rakan -rakan saya. Tak seorang pun daripada mereka Rafat,” tambahnya yang dipetik Malaysiakini

Faizoull jgua berkata, laporan mendakwa beliau mengenali Rafat, seorang warganegara United Kingdom (UK), juga salah.

Tabloid Scotland itu juga sebelum ini melaporkan Faizoull dan Rafat makan tengah hari bersama pengarah kelab itu Sandy Eastdale semasa lawatannya.

Faizoull pada 11 September lalu mencuri perhatian apabila dilaporkan melawat Glasgow bersama individu yang dilaporkan dikehendaki polis antarabangsa Interpol.

Foto Daily Record yang dikatakan gambar Faizoull melawat Glasgow bersama Rafat, susulan spekulasi pegawai tertinggi Felda itu antara individu berminat membeli kelab berdepan kemerosotan prestasi itu.

BBC memetik seorang jurucakap kelab itu bagaimanapun menafikan bahawa Faizoull mahu membeli Glasgow tetapi mengesahkan kehadiran Rafat, tanpa pengetahuan mereka, bersama delegasi Malaysia.

Rivzi, berketurunan Pakistan, pada 2010 disabitkan kesalahan terlibat kes penipuan ratusan juta dolar Amerika tanpa kehadirannya di mahkamah di Jakarta dan dihukum 15 tahun penjara.

Ini dilaporkan berkaitan peranannya dalam kejatuhan Bank Century Indonesia, tetapi republik itu tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan UK. Sumber