
SYDNEY 27 Jun - Semua penumpang dan krew pesawat penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dan pesawat berkenaan dipandu melalui pemanduan automatik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi, mengikut laporan terbaharu pihak berkuasa Australia yang disiarkan hari ini.
Dalam laporan setebal 55 muka surat itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia menjelaskan, kesimpulan tersebut dicapai selepas...