Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol

Ibu Pejabat, Pejabat Majlis Daerah Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, NSDK
Telefon : 06-4581233, Faks: 06-4585800

Laman Facebook Rasmi Jempol Di Hati

Memaparkan Info, Isu-Isu Semasa Dan Laman Komuniti Masyarakat Jempol
Jangan Lupa Singgah Dan 'Like' Laman Facebook Kami

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, 24 September 2014

MB Selangor : Pesanan Adik Buat Si Abang

Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat." Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

“Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.

“Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik,” katanya kepada semalam.

Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.

Menurut Ummi, tugas Mohamed Azmin kini bukan sahaja kepada rakyat, tetapi cabaran buatnya adalah untuk membersihkan segala kontroversi yang melanda PKR.

“Dia ada kredibiliti sebagai pemimpin dalam membuat sebarang keputusan. Cuma saya berharap dia tidak menjadi ‘remote control’ kepada (Ketua Umum PKR, Datuk Seri) AnwarIbrahim,” katanya.

Katanya, menjadi tanggungjawab Mohamed Azmin untuk membuktikan kepada rakyat bahawa segala keputusan yang dibuatnya selepas ini bukan arahan dari pihak tertentu.

Menurut Ummi, kerusi Menteri Besar Selangor secara tradisinya dikenali sebagai kerusi 'panas' dan beliau tidak mahu melihat Mohamed Azmin jatuh seperti bekas-bekas menteri besar sebelum ini. Kredit

Tuesday, 23 September 2014

Pengkalan Kubor Popular Di Google

TUMPAT - Sebelum pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor diadakan, tidak ramai di kalangan pengguna internet negara ini mengetahui lokasi dan keadaan yang berlaku di kawasan berkenaan.

Namun selepas anggota Dun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu, sifat ingin tahu pengguna internet mulai meningkat untuk meneroka dan mencari perkembangan semasa hingga membuatkan graf pencarian dengan kata kunci 'Pengkalan Kubor' menggunakan enjin carian Google.com meningkat mendadak.

Mengikut rekod enjin carian tersebut, kata kunci "Pengkalan Kubor" mempunyai lebih 900,000 pautan dan keputusan sehingga berita ini ditulis.

Ia merangkumi pencarian rumah sewa, hotel, zon bebas cukai, lokasi kedai makan, jumlah pengundi dan pecahannya, maklumat calon parti yang bertanding dan berita semasa mengenai PRK kawasan itu.

Menurut rekod itu lagi, tahap bacaan pengguna internet di kalangan golongan pertengahan mencatat rekod paling tinggi iaitu 78 peratus.
  
Ini diikuti pengguna internet dari kalangan asas iaitu mencatat peratusan 14 peratus sementara pengguna internet dari kalangan profesional lapan peratus sahaja.

Carian kata kunci imej 'Mat Razi' atau nama penuh calon BN itu, Mat Razi Mat Ail pula mencatatkan ribuan gambar yang berkisar mengenai penamaan calon, lawatan rumah ke rumah serta kempen yang diadakan.

Turut menjumpai klik pengguna mencari laman sosial Facebook Mat Razi di https://www.facebook.com/razi.matail?fref=ts . Bagaimanapun aktiviti Facebook beliau dilihat tidak aktif.

Facebook calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim, https://www.facebook.com/wan.rosdi.9?fref=ts turut ditemui dan dilihat aktif sementara alamat Faceboook calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary tidak ditemui.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. - Bernama

Monday, 22 September 2014

Biodata Azmin Ali; Menteri Besar Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa , Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, berkuatkuasa esok.

Perkara itu terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, kepada Timbalan Presiden PKR itu hari ini.

Salinan surat berkenaan diedarkan kepada media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Mohamed Azmin diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi esok.

Mohamed Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Mohamad Munir, ketika dihubungi BERNAMA, mengesahkan beliau sudah menyerahkan surat pelantikan itu kepada Mohamed Azmin.

"Pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Mohamed Azmin dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya.

Biodata Mohamed Azmin Ali
- Dilahirkan pada 25 Ogos 1964 di Singapura.

- Lulusan Ijazah Sarjana Sains Ekonomi dan Matematik dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.

- Mendirikan rumah tangga dengan Shamsidar Taharin ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pendidikan di institut sama.

- Dikurniakan enam cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan.

- Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1987.

- Naib Presiden PKR dari November 2001 hingga November 2010

- Timbalan Presiden PKR dari November 2010 hingga kini.

- ADUN Bukit Antarabangsa (Sejak 2008 ).

- Ahli Parlimen Gombak (Sejak 2008).

Saturday, 20 September 2014

GEMPAR! Sah Wujud Usaha Gulingkan Presiden PAS

BATU PAHAT - Perwakilan PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengakui wujudnya usaha menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepertimana dakwaan khabar angin sebelum ini.

Berucap ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Fadhli menjelaskan, usaha tersebut jelas diperlihat ketika pertemuan haluan kiri ini di Pustaka Azara, Kota Bahru ada 31 Ogos lalu.

"31 Ogos lalu ada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hadir untuk jatuhkan Presiden.

"Saya ada bukti video tersebut. Jika saya pasang di muktamar ini tak cukup masa. Panjang video itu," katanya di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan Pemuda PAS keluar dewan ketika persidangan Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini.

Kumpulan yang memakai vest yang tertera ungkapan 'Kami menyokong Presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU)' bertindak sedemikian ketika Timbalan Presiden Mohamad Sabu berucap merasmikan sidang muktamar tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan boikot Pemuda ke atas Timbalan Presiden disebabkan oleh kenyataan terbukanya membantah keputusan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor.

Tambahnya, kenyataan Mat Sabu itu sangat memaluan parti dan dibimbangi akan membuatkan Presiden kecil hati.

"Saya kalau ada vest itu saya pun kan pakai.

"Perbezaan pendapat tak salah jangan bantah secara terbuka. Ini boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan akar umbi.

"Kalau ada perbezaan pendapat selesai dalam mesyuarat bukan di dada akhbar," tegasnya lagi. Sumber

Wednesday, 17 September 2014

Wakil Rakyat Kecam Lagu Negaraku Minta Maaf

Kuala Lumpur – Ekoran kritikan dan kecaman yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana mempertikaikan lagu Negaraku di mainkan di pawagam anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Melalui laman Facebooknya Chieng Jen mengakui telah mengunakan bahasa yang tidak sesuai ketika mengeluarkan komen mengenai isu tersebut.

“Walaupun saya merasakan keputusan memainkan lagu Negaraku di tempat hiburan seperti panggung wayang tidak sesuai, namun (saya mengaku) telah menggunakan ayat yang tidak sesuai.

“Saya dengan ini menarik balik posting dan memohon maaf kerana telah mengeluarkan komen tersebut” ujarnya.

Ching Jen turut menjelaskan beliau dan keluarganya turut berdiri ketika lagu kebangsaan itu dimainkan dan tidak berhasrat untuk merendahkan maruah lagu Negraaku.

Tinjauan SuaraTV mendapati status tersebut telah dipadamkan dari laman Facebooknya.

Beliau sebelum mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.
Status Chong, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis “Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia.”

Andry Augustine pula memberi komen “Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan “Sorry, you are disqualified to earn my respect even you’re a politician.”

Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal. Sumber

Wakil Rakyat Kecam Lagu Negaraku Di Pawagam Undang Reaksi Negatif

KUALA LUMPUR - Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.

Status Chong, antara lain, menyebut "Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?"

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis "Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia."
Andry Augustine pula memberi komen "Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan "Sorry, you are disqualified to earn my respect even you're a politician."

Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal. Sumber

Tuesday, 16 September 2014

TPM Minta Pas Henti Buat Tohmahan

TUMPAT 16 Sept. - Pas diminta berhenti daripada membuat tohmahan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka sebagai kerajaan negeri.

Beliau berkata, BN hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini dan tanggungjawab mereka terbatas berbanding Kerajaan Pas Kelantan yang mempunyai kuasa yang lebih luas. Sumber

Thursday, 21 August 2014

Tiada Calon Lain Jika Sultan Tolak Wan Azizah

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita cuma tunggu sahaja maklum balas daripada Tuanku," katanya.

Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini.

"Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar, kanan) berkata mereka akan melalui proses mengikut perlembagaan dan undang-undang dalam usaha menggantikan Khalid.

"Kita akan guna proses perlembagaan dan undang-undang. Prosesnya adalah dengan menghantar nama terlebih dahulu dan dalam isu ini, majoriti sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah jelas," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

Rafizi juga tidak memberitahu mengenai langkah seterusnya jika Sultan Selangor menolak Dr Wan Azizah, sambil berkata tidak mahu membuat "spekulasi".

"Tidak apa, kita guna dahulu proses Perlembagaan. Buat ketika ini, kita tidak mahu berspekulasi," katanya.

Awal hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 melibatkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Zambry Abdul Kader, sultan mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Shukor berkata Sultan juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN.

"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan Sultan Selangor tidak akan memperkenankan Dr Wan Azizah menjadi MB.

PAS sebelum ini menamakan dua calon MB selepas presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dititahkan mengadap Sultan.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata ia bagi mengelakkan kemungkinan pihak istana menolak pencalonan Dr Wan Azizah.

PKR bertegas mengemukakan satu nama walaupun PAS pada awalnya mahu dua nama dikemukakan apabila mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternatif.

Bagaimanapun, mesyuarat Pakatan Rakyat sebulat suara memutuskan nama Dr Wan Azizah sahaja dipersembahkan kepada istana.

Friday, 11 July 2014

DS @NajibRazak Pelawa @khalid_ibrahim Sertai UMNO?

Pertemuan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam tidak membincangkan isu luar biasa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, perjumpaan itu tidak lebih didasari atas rasa hormat dengan kapasiti kepimpinan masing-masing di peringkat negara dan negeri.

"Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua kerajaan peringkat negeri.

"Tiada apalah. Saya tak pelawa dia masuk Umno," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn hari ini.

Najib semalam mengakui boleh berkerjasama dengan Khalid walaupun berbeza fahaman politik.

Menurut laporan media, Najib berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."

Najib berkata demikian ketika mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan

Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam, petang semalam.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih.

Najib berkata pertemuannya bersama Khalid bukanlah satu pertemuan tertutup dan khas malah ramai lagi umat Islam yang menyertai majlis berbuka puasa berkenaan.

"Empat mata? Ribuan orang ada situ. Tidak. Ribu mata adalah,” katanya berseloroh kepada wartawan.

Sejak beberapa bulan lalu, Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin PKR supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat “Langkah Kajang” yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. Sumber

Monday, 7 July 2014

Penjelasan Isu Solat 2 Imam Di Rantau Panjang Kelantan

Siasatan JASA terhadap isu Solat Dua Imam Di Rantau Panjang seperti yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini:

Tempat : Masjid Pondok Banggol Stol, DUN Meranti, Rantau Panjang.

Peristiwa/Kejadian:

- Masjid tersebut diguna untuk solat 5 waktu dan tidak diwartakan untuk solat jumaat.

- Tanah tapak masjid tersebut diistihar secara lisan oleh Arwah Tuan Guru Hj Zakaria b Ismail untuk dijadikan tanah wakaf.


- Penama tanah tersebut seramai 4 beradik iaitu :
1. Hj Zulkifli b Zakaria
2. Hj Yahya b Zakaria
3. Mohd Abduh b Zakaria
4. Asiah bt Zakaria

- Kesemua penama bersetuju menyerahkan pengurusan kepada Hj Yahya.

- Penggunaan masjid tersebut yg menghalang masyarakat tempatan berjemaah mendapat tentangan dan tidak puas hati oleh Hj Yaakub Ismail (bapa saudara) dan Mahyudin Hussain (sepupu) kerana pembinaan masjid adalah hasil derma masyarakat tempatan.

- Masyarakat tempatan tidak mahu berimankan Hj Yahya yang mengikut fahaman tarikat Al - Tarjani.

- Penyebaran surat peguambela dan peguamcara (Zainal dan Mariani) kepada Peguambela dan Peguamcara (Shaharuddin Hidayu dan Marwalis) kepada masyarakat tempatan.

- Kejadian kekacauan berlaku apabila masyarakat kampung menggunakan surat peguam tersebut bagi membenarkan solat tarawih.

- Dua kumpulan tersebut diimankan oleh:

1. Hj Yahya b Zakaria (Kumpulan pelajar pondok).
2. Zulhadi b Muda (Kumpulan masyarakat setempat).
Ulasan:
- Kejadian ini melibatkan perebutan pemilikan masjid oleh pengurusan pondok dan penduduk tempatan.

- Tidak melibatkan kepentingan mana-mana kumpulan politik disebabkan 2 kumpulan tersebut adalah penyokong PAS.