Tuesday, 8 July 2014

Mereka Ini Pengkhianat Melayu

 Ada 2 golongan yang berpotensi menjadi pengkhianat kepada Bangsa Melayu;

1. Ahli politik Melayu yang sanggup menggadaikan hak Islam dan Melayu hanya semata-mata mahu mendapatkan sokongan orang bukan Melayu.

2. Ahli korporat Melayu yang tergamak meminggirkan keupayaan bangsa sendiri semata-mata untuk menarik pelanggan bukan Melayu dan mendambakan pujian daripada orang bukan Melayu.

Semasa menagih sokongan orang Melayu, pemimpin Melayu berkata;

"Saya akan berjuang untuk orang Melayu dan agama Islam, membantu orang Melayu serta mempertahankan hak orang Melayu sampai bila-bila!!"

Namun sebaik saja dilantik sebagai pemimpin, kata-kata mereka berbunyi;

"Kamu orang Melayu pemalas! Tak nak berusaha! Tak mahu bersaing! Sampai bila saya nak tolong kamu? Dah penat saya cakap memotivasikan kamu, tapi kamu masih tak mahu berubah! Jadi terpulanglah pada kamu, kalau tak mahu berusaha, kamu akan hilang hak-hak kamu! Lepas tu jangan pulak salahkan saya sebab saya dah senang dengan pelbagai elaun dan gaji yang kamu bagi bila kamu lantik saya jadi pemimpin. Siapa suruh kamu sokong saya dulu. Padan muka kamu!!"

Pemimpin Melayu sebelum pilihanraya cakap lain, lepas pilihanraya buat lain.

Orang Melayu harus sedar bahawa mereka tidak boleh mengambil semula apa yang telah mereka beri kepada orang bukan Melayu.

Jika wujud segelintir pemimpin Melayu hari ini yang cuba untuk melepaskan hak-hak Bangsa Melayu kepada bukan Melayu, maka orang Melayu tidak mungkin mampu mengambil semula hak yang telah dilepaskan itu pada masa hadapan.

Masa depan Bangsa Melayu bergantung pada orang Melayu hari ini kerana orang bukan Melayu akan terus berusaha mengikis hak-hak Melayu dengan sokongan sebahagian pemimpin Melayu liberal. Hak yang telah hilang tidak mungkin dapat digantikan dengan apa jua dasar, akta ataupun polisi di masa hadapan.

Orang Melayu harus sedar apabila orang bukan Melayu mempromosikan meritokrasi, kesamaan atau non-racial politics, faedahnya adalah untuk diri orang bukan Melayu itu sendiri.

Orang Melayu harus sedar bila orang bukan Melayu mempromosikan kebebasan bersuara (freedom of speech/expression), kebebasan itu dimaksudkan untuk diri orang bukan Melayu samata-mata.

Pemimpin Melayu hari ini sedang sibuk membuktikan bahawa mereka adalah orang yang paling baik di dunia dengan bersungguh membodek orang bukan Melayu tanpa menyedari yang mereka sebenarnya sedang menggadaikan Tanah Melayu.

Orang Melayu rata-ratanya patuh kepada pemimpin mereka. Jadi kalau pemimpin Melayu buat dasar yang bertentangan dengan kehendak orang Melayu, mereka tidak akan menentang bermati-matian, tapi sebaliknya akan menerima saja keadaan itu sebagai 'sudah nasib', 'nak buat macamana' etc. kerana pemimpin Melayu sangat faham bahawa majoriti orang Melayu hakikatnya mudah dijinakkan.

Salah satu cara orang bukan Melayu bakal mengambil alih pemerintahan negara ini daripada orang Melayu ialah dengan mempromosikan "Malaysia untuk orang Malaysia tanpa mengira kaum" dan "Tidak perlu Ketuanan Melayu" dengan harapan ada di kalangan orang Melayu sendiri yang akan terpengaruh. Jika dilihat pada trend semasa, memang ramai generasi Y Melayu yang terpengaruh, termasuk Menteri Belia dan Sukan hari ini yang kononnya 'menjaga' generasi muda.

Kekuatan ekonomi sesebuah bangsa bukanlah sesuatu yang akan kekal atau bertahan lama. Sejarah telah banyak membuktikannya, malah dalam Al-Quran sendiri banyak disebut tentang kebinasaan sesuatu kaum. Oleh itu jika ada dikalangan pemimpin Melayu yang cuba menyuruh orang Melayu untuk menguatkan ekonomi dengan tujuan untuk melepaskan hak-hak Melayu pada masa depan, maka dia sebenarnya adalah pengkhianat kepada Bangsa Melayu.

Tiada masalah untuk orang Melayu memajukan diri dalam apa jua bidang terutama ekonomi, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk orang Melayu melepaskan haknya. HAK Orang Melayu adalah HAK Orang Melayu!! Apa kena mengena bila dah maju nak kena lepaskan hak sendiri pulak?! Bingai ke apa...

Ku Li dalam The Sun (27 April 2008) pernah berkata bahawa hak Keistimewaan Orang Melayu hanyalah bersifat sementara. Paloi punya Ku Li!! Hak Keistimewaan Orang Melayu telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak itu akan hanya jadi sementara jika pemimpin Melayu sendiri yang menjadikannya sementara!!

Kelangsungan (survival) Bangsa Melayu kini bergantung kepada kelicikan berpolitik para pemimpinnya.

Adakah generasi Melayu hari ini bakal menyaksikan pengkhianatan terhadap Hak Orang Melayu oleh pemimpin Melayu sendiri?

Kredit

1 comment:

  1. zaman serba maju ni,lagi ramai melayu jadi pengkhianat bangsa,almaklumlah nak berjaya cepat

    ReplyDelete