Wednesday, 17 September 2014

Wakil Rakyat Kecam Lagu Negaraku Minta Maaf

Kuala Lumpur – Ekoran kritikan dan kecaman yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana mempertikaikan lagu Negaraku di mainkan di pawagam anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Melalui laman Facebooknya Chieng Jen mengakui telah mengunakan bahasa yang tidak sesuai ketika mengeluarkan komen mengenai isu tersebut.

“Walaupun saya merasakan keputusan memainkan lagu Negaraku di tempat hiburan seperti panggung wayang tidak sesuai, namun (saya mengaku) telah menggunakan ayat yang tidak sesuai.

“Saya dengan ini menarik balik posting dan memohon maaf kerana telah mengeluarkan komen tersebut” ujarnya.

Ching Jen turut menjelaskan beliau dan keluarganya turut berdiri ketika lagu kebangsaan itu dimainkan dan tidak berhasrat untuk merendahkan maruah lagu Negraaku.

Tinjauan SuaraTV mendapati status tersebut telah dipadamkan dari laman Facebooknya.

Beliau sebelum mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.
Status Chong, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis “Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia.”

Andry Augustine pula memberi komen “Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan “Sorry, you are disqualified to earn my respect even you’re a politician.”

Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal. Sumber

0 comments:

Post a Comment