Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Pejabat Setiausaha NS - Tkt 4, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, NSDK
Tel : 06-765 9900, Fax: 06-761 7386

123

Monday, 17 November 2014

Menjadi Janda Kerana Tidak Balas Mesej Whatsapp

Arab Saudi: Seorang suami dari Arab Saudi dilaporkan menceraikan isterinya kerana mesej WhatsApp tidak dibalas. Menurut Gulf News, isteri dikatakan langsung tidak membalas atau memberi respon terhadap mesej dihantar suaminya walaupun dia dilihat sentiasa online di aplikasi perbualan itu. Risau sesuatu berlaku, si suami bergegas balik dari pejabat namun mendapati si isteri sedang enak menonton televisyen. Apabila ditanya mengapa tidak membalas...

Thursday, 13 November 2014

OKU Teruk Dipukul Hanya Kerana Disyaki Mencuri

KOTA BHARU: Hati seorang ibu luluh dan sedih selepas anaknya dipukul oleh orang ramai kerana disyaki mencuri di kampung teluk di sini, malam Rabu.Noraini Hassan, berkata beliau diberitahu kejadian itu pada pukul 10 malam oleh seorang jirannya dan terkejut kerana anaknya Mohd Shufri Mat Said yang mengalami kecacatan di bahagian kiri termasuk kaki dan tangan dipukul sehingga mendapatkan kecederaan serius.Noraini berkata, beliau terkilan kerana anaknya...

Friday, 7 November 2014

Lelaki Berpakaian Wanita : JUMAAT YANG MALANG BAGI ISLAM DI MALAYSIA

HARI JUMAAT yang berkat ini dicemari satu insiden yang memalukan umat Islam dan syariat Islam keseluruhannya. Mengejutkan apabila keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan lelaki Islam berpakaian wanita sekaligus Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah terbatal dengan alasan bercanggah dengan perlembagaan negara.Lebih malang lagi apabila tiga Hakim yang menghakimi perbicaraan rayuan tersebut terdiri DUA orang hakim...

Thursday, 6 November 2014

Siapakah Sebenarnya Seorang Pembuli?

Pembuli Sebenarnya Orang Yang Lemah - Pakar PsikologiPembuli sebenarnya orang yang lemah, walaupun secara fizikal mereka kuat, menurut Presiden Persatuan Psikologi Malaysia Prof Madya Dr Rozmi Ismail.Beliau berkata ini kerana pembuli tidak dapat mengurus emosi dan fizikal mereka dengan sebaiknya sehingga mereka melepaskannya kepada mangsa buli."Kepuasan wujud apabila dapat melihat orang lain menerima kesan daripada tindakan mereka seperti menangis,...

Tuesday, 4 November 2014

Wanita Mengandung Anak Kembar Maut Nahas di Bandar Seri Jempol

BANDAR SERI JEMPOL: Seorang wanita yang mengandung anak kembar dua maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Besar FELDA Palong 14,15 dan 16 di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang itu, Siti Nurnazira Amran, 23, dari FELDA Palong 13 yang kandungannya berusia tujuh bulan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan untuk majlis perkahwinan abangnya di pekan Bahau dekat sini. Jurucakap polis...

Thursday, 30 October 2014

Budak Perempuan Maut Terjerut Tali Buaian Di Lui Muda

BANDAR SERI JEMPOL - Seorang kanak- kanak perempuan maut selepas lehernya terjerut dekat tali buaian di kediaman datuk dan neneknya di Felda Lui Muda di sini petang semalam.Ketua Polis daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian lebih kurang jam 3.40 petang, mangsa, 5, tinggal bersama bapa saudara yang berumur 21 tahun kerana datuk dan neneknya tiada di rumah.“Hasil siasatan awal kita dapati mangsa sering bermain dan bergayut...

Tuesday, 28 October 2014

Haiwan Aneh Ditangkap Di Padang Pasir

Jeddah: Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.“Saya bertanya penduduk di kawasan...

Wednesday, 22 October 2014

Kiamat Semakin Dekat

Pihak saintis telah memberikan amaran kepada seluruh dunia bahawa di dalam tempoh 100 tahun lagi, medan magnet bumi akan berada dalam keadaan songsang. Para saintis juga meramalkan bahawa medan magnet bumi boleh ‘diterbalikkan’ jauh lebih cepat dari yang difikirkan sekarang dan berkemungkinan planet bumi akan musnah pada masa itu.Berkeley merupakan seorang saintis mengatakan bahawa medan magnet bumi boleh melemahkan keseleruhannya dalam tempoh...

Wednesday, 15 October 2014

5 Gambar - Wanita Dibelasah Dan Dib@gelkan Kerana Tidur Dengan Suami Orang

Seorang wanita dipukul dan di bogelkan di jalan kawasan membeli-belah yang sibuk  dan tiada siapa yang campur tangan.Lin Yao Li, 38, telah ditendang di pangkal paha dan dada, beliau menjerit kesakitan di kaki lima.Jelas orang yang menyaksikan kejadian tersebut berkata, "Beliau tidak berhak mendapat bantuan kerana telah tidur dengan suami wanita lain."Ia adalah biasa dalam beberapa insiden yang sama di mana ia seolah-olah terdapat hukuman...

Wednesday, 24 September 2014

MB Selangor : Pesanan Adik Buat Si Abang

Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat." Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. “Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar. “Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia...

Tuesday, 23 September 2014

Pengkalan Kubor Popular Di Google

TUMPAT - Sebelum pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor diadakan, tidak ramai di kalangan pengguna internet negara ini mengetahui lokasi dan keadaan yang berlaku di kawasan berkenaan. Namun selepas anggota Dun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu, sifat ingin tahu pengguna internet mulai meningkat untuk meneroka dan mencari perkembangan semasa hingga membuatkan graf...

Monday, 22 September 2014

Biodata Azmin Ali; Menteri Besar Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa , Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, berkuatkuasa esok. Perkara itu terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, kepada Timbalan Presiden PKR itu hari ini. Salinan surat berkenaan diedarkan kepada media di ibu pejabat...

Sunday, 21 September 2014

Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam Beramai-Ramai

Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.Anggota pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai.Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga...

Saturday, 20 September 2014

GEMPAR! Sah Wujud Usaha Gulingkan Presiden PAS

BATU PAHAT - Perwakilan PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengakui wujudnya usaha menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepertimana dakwaan khabar angin sebelum ini. Berucap ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Fadhli menjelaskan, usaha tersebut jelas diperlihat ketika pertemuan haluan kiri ini di Pustaka Azara, Kota Bahru ada 31 Ogos lalu. "31 Ogos lalu ada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hadir untuk jatuhkan Presiden. "Saya...

Friday, 19 September 2014

Malaysia Lebih Teruk Dari Apartheid Afrika Selatan

“Ada ahli politik pencen mendakwa di Malaysia, keadaan lebih buruk dan teruk daripada zaman apartheid di Afrika Selatan”. sumber bekas Menteri dan Ahli Politik pencen. Ini memang tak benar sama sekali. Apakah yang berlaku di Afrika Selatan semasa zaman apartheid? Antara yang berlaku adalah:1. Kaum kulit hitam dilarang tinggal di kawasan sama dgn org putih2. Kaum kulit hitam dilarang pergi ke pantai yang dikunjungi org putih3. Kaum kulit hitam...

Wednesday, 17 September 2014

Wakil Rakyat Kecam Lagu Negaraku Minta Maaf

Kuala Lumpur – Ekoran kritikan dan kecaman yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana mempertikaikan lagu Negaraku di mainkan di pawagam anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka. Melalui laman Facebooknya Chieng Jen mengakui telah mengunakan bahasa yang tidak sesuai ketika mengeluarkan komen mengenai isu tersebut. “Walaupun saya merasakan keputusan memainkan lagu...

Wakil Rakyat Kecam Lagu Negaraku Di Pawagam Undang Reaksi Negatif

KUALA LUMPUR - Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial. Status Chong, antara lain, menyebut "Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud...

Tuesday, 16 September 2014

TPM Minta Pas Henti Buat Tohmahan

TUMPAT 16 Sept. - Pas diminta berhenti daripada membuat tohmahan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor. Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka sebagai kerajaan negeri. Beliau berkata, BN hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini dan tanggungjawab mereka...

Monday, 15 September 2014

Ketua Pengarah FELDA Nafi Ada Hubungan Dengan Siapa?

SHAH ALAM: Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Faizoull Ahmad menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan orang dikehendaki atau berhubung pembelian kelab bola Scotland Glasgow Rangers.“Saya tidak tahu siapa dia (Rafat Rizvi),” katanya.Menurut Faizoull, entah bagaimana Rafat muncul bersamanya dan media pula kemudian mendakwa mereka saling mengenali.Faizoull juga berkata, akhbar Scotland Daily Record juga salah apabila...

Thursday, 21 August 2014

Tiada Calon Lain Jika Sultan Tolak Wan Azizah

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan. Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana. "Kita tidak bincang...

Saturday, 2 August 2014

Rakyat Malaysia Sokong Israel Menang Perang Terhadap Palestin

Sebelum ini kita dimomokkan dengan nama-nama besar dalam dunia politik, NGO dari Malaysia yang terlibat secara tidak langsung dengan Israel.Jarang kita lihat rakyat negara menyatakan sokongan secara terbuka kepada bangsa yang dilaknat Allah ini kecuali Saudara Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.Kini, dengan kemajuan ICT yang pesat, rakyat Malaysia tidak lagi segan silu menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Israel.Buktinya dapat dilihat...

Saturday, 26 July 2014

Nenek Maut, Hajat Beli Tembikai Tak Tercapai

BESUT: Tindakan seorang warga emas yang melintas jalan secara tiba-tiba bagi membeli buah tembikai berakhir dengan tragedi apabila dia maut dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Batu Tumbuh, Alur Lintang di sini semalam.Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam kejadian 4 petang itu, Limah Che Mat, 72, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut setengah jam kemudian."Mangsa...

Friday, 25 July 2014

Benarkah ASTRO Menyalurkan Dana Kewangan Kepada Israel?

Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.ASTRO yang bersikap...

Wednesday, 23 July 2014

#MH17 - AG Diarah Kaji Nahas

KUALA LUMPUR - Malaysia menyifatkan tindakan menembak jatuh pesawat komersial MH17 pada awal pagi 18 Julai lalu merupakan satu perbuatan zalim dan bertentangan serta melanggari prinsip dan undang-undang antarabangsa.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan kejam itu telah melanggari Convention on International Civil Aviation yang telah diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Resolusi 1067...

Monday, 21 July 2014

#MH17 - USD5,000 Untuk Keluarga Setiap Penumpang

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menawarkan bantuan kewangan USD5,000 kepada keluarga setiap penumpang pesawat Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis lepas.  MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata dana tersebut ditawarkan sebagai tanda muhibah dan membantu keluarga terdekat penumpang meringankan keperluan ekonomi mereka. "Dana telahpun disediakan untuk tujuan ini. Citibank telah membantu MAS dengan aturan logistik...

Saturday, 19 July 2014

#MH17 - Lokasi Nahas Mengerikan

KUALA LUMPUR 19 Julai - Beberapa wartawan menyifatkan keadaan di lokasi nahas membabitkan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia di sempadan Ukraine-Rusia pada Khamis terlalu mengerikan. "Ini merupakan satu bencana yang nyata. Mustahil untuk difahami," tulis Noah Sneider, seorang wartawan bebas yang berada di lokasi nahas dalam Twitternya. Menerusi Twitternya @NoahSneider, beliau...

Friday, 11 July 2014

DS @NajibRazak Pelawa @khalid_ibrahim Sertai UMNO?

Pertemuan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam tidak membincangkan isu luar biasa, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana menteri berkata, perjumpaan itu tidak lebih didasari atas rasa hormat dengan kapasiti kepimpinan masing-masing di peringkat negara dan negeri. "Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua...

Thursday, 10 July 2014

Bagaimana Mahu Menyumbang Untuk Rakyat Gaza Yang Dizalimi?

Sumbangan dan Derma anda boleh lakukan melalui:- Dana Sumbangan & Derma Bank Islam - 12029010047880 Maybank - 562263010787 Bank Muamalat - 12070005133717 RHB Islamic Bank - 21245760004907 Bank Rakyat - 22-080-619592-2 Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin Bank Islam - 1202-9010-0598-95 Bank CIMB - 8600460353 Untuk Maklumat Lanjut, Boleh Layari Laman Sesawang Aman Palestin - KLIK Atau Emel - office@amanpalestin.net Sedekah yang paling...

Tuesday, 8 July 2014

Mereka Ini Pengkhianat Melayu

 Ada 2 golongan yang berpotensi menjadi pengkhianat kepada Bangsa Melayu;1. Ahli politik Melayu yang sanggup menggadaikan hak Islam dan Melayu hanya semata-mata mahu mendapatkan sokongan orang bukan Melayu.2. Ahli korporat Melayu yang tergamak meminggirkan keupayaan bangsa sendiri semata-mata untuk menarik pelanggan bukan Melayu dan mendambakan pujian daripada orang bukan Melayu.Semasa menagih sokongan orang Melayu, pemimpin Melayu berkata;"Saya...

Beras FELDA Masuki Pasaran Awal September

KUALA LUMPUR 7 Julai - Beras jenama Belda keluaran Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia Bhd. (MBFM) akan memasuki pasaran tempatan selewat-lewatnya awal September ini. Pengerusinya, Anuar Abd. Manap berkata, pada peringkat awal koperasi akan membekalkan sebanyak 50,000 beg sebulan menerusi Koperasi 1Malaysia dan pasar raya D'Mart di tanah rancangan Felda di seluruh negara. Katanya, buat masa ini harga promosi yang ditawarkan ialah RM28 bagi...

Monday, 7 July 2014

Penjelasan Isu Solat 2 Imam Di Rantau Panjang Kelantan

Siasatan JASA terhadap isu Solat Dua Imam Di Rantau Panjang seperti yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini: Tempat : Masjid Pondok Banggol Stol, DUN Meranti, Rantau Panjang. Peristiwa/Kejadian: - Masjid tersebut diguna untuk solat 5 waktu dan tidak diwartakan untuk solat jumaat. - Tanah tapak masjid tersebut diistihar secara lisan oleh Arwah Tuan Guru Hj Zakaria b Ismail untuk dijadikan tanah wakaf. - Penama tanah tersebut seramai...

Tiada Arahan Tukar MyKad Baharu Untuk Beli Petrol Subsidi

JPN Nafi Keluar Arahan Tukar MyKad Baharu Untuk Beli Petrol Subsidi Putrajaya – Orang ramai dinasihati agar tidak mempercayai penyebaran maklumat palsu mengenai arahan penukaran MyKad baharu untuk melayakkan pembelian petrol dengan harga subsidi. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Sulaiman Keling berkata JPN menafikan ada mengeluarkan arahan berkenaan. “Kenyataan palsu itu yang meminta orang ramai menukar MyKad baharu telah...

Sunday, 6 July 2014

Kemalangan Maut Di Felda Palong. Hajat Bertunang Tak Tercapai

JEMPOL - Seorang kakitangan Felda Palong 10 di sini, tidak sempat melangsungkan pertunangannya Disember ini apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 22 , Jalan Bahau-Keratong, petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohamad Abu Thalha Mohamad Ardani, 25, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Felda Lui Barat, di sini.Bapa mangsa, Mohamad Ardani Ngadimon, 55, berkata, anak keempat daripada 10 beradik itu pernah memaklumkan...

Tuesday, 1 July 2014

Khairy Jamaluddin Naik Pangkat

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron adalah antara lima orang yang dipakaikan pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah.       Khairy dipakaikan pangkat sebagai Kolonel (kehormat) dalam pasukan sukarela Askar Wataniah manakala Idris pula memakai pangkat Brig Jen (Kehormat).       Ketua Pegawai...