Saturday 20 September 2014

GEMPAR! Sah Wujud Usaha Gulingkan Presiden PAS

BATU PAHAT - Perwakilan PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengakui wujudnya usaha menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepertimana dakwaan khabar angin sebelum ini.

Berucap ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Fadhli menjelaskan, usaha tersebut jelas diperlihat ketika pertemuan haluan kiri ini di Pustaka Azara, Kota Bahru ada 31 Ogos lalu.

"31 Ogos lalu ada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hadir untuk jatuhkan Presiden.

"Saya ada bukti video tersebut. Jika saya pasang di muktamar ini tak cukup masa. Panjang video itu," katanya di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan Pemuda PAS keluar dewan ketika persidangan Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini.

Kumpulan yang memakai vest yang tertera ungkapan 'Kami menyokong Presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU)' bertindak sedemikian ketika Timbalan Presiden Mohamad Sabu berucap merasmikan sidang muktamar tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan boikot Pemuda ke atas Timbalan Presiden disebabkan oleh kenyataan terbukanya membantah keputusan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor.

Tambahnya, kenyataan Mat Sabu itu sangat memaluan parti dan dibimbangi akan membuatkan Presiden kecil hati.

"Saya kalau ada vest itu saya pun kan pakai.

"Perbezaan pendapat tak salah jangan bantah secara terbuka. Ini boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan akar umbi.

"Kalau ada perbezaan pendapat selesai dalam mesyuarat bukan di dada akhbar," tegasnya lagi. Sumber

0 comments:

Post a Comment