Monday 15 September 2014

Ketua Pengarah FELDA Nafi Ada Hubungan Dengan Siapa?

SHAH ALAM: Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Faizoull Ahmad menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan orang dikehendaki atau berhubung pembelian kelab bola Scotland Glasgow Rangers.

“Saya tidak tahu siapa dia (Rafat Rizvi),” katanya.

Menurut Faizoull, entah bagaimana Rafat muncul bersamanya dan media pula kemudian mendakwa mereka saling mengenali.

Faizoull juga berkata, akhbar Scotland Daily Record juga salah apabila menyatakan seorang daripada dua orang yang dirakam bersama saya ialah Rafat.

“Lelaki dalam gambar itu rakyat Malaysia dan rakan -rakan saya. Tak seorang pun daripada mereka Rafat,” tambahnya yang dipetik Malaysiakini

Faizoull jgua berkata, laporan mendakwa beliau mengenali Rafat, seorang warganegara United Kingdom (UK), juga salah.

Tabloid Scotland itu juga sebelum ini melaporkan Faizoull dan Rafat makan tengah hari bersama pengarah kelab itu Sandy Eastdale semasa lawatannya.

Faizoull pada 11 September lalu mencuri perhatian apabila dilaporkan melawat Glasgow bersama individu yang dilaporkan dikehendaki polis antarabangsa Interpol.

Foto Daily Record yang dikatakan gambar Faizoull melawat Glasgow bersama Rafat, susulan spekulasi pegawai tertinggi Felda itu antara individu berminat membeli kelab berdepan kemerosotan prestasi itu.

BBC memetik seorang jurucakap kelab itu bagaimanapun menafikan bahawa Faizoull mahu membeli Glasgow tetapi mengesahkan kehadiran Rafat, tanpa pengetahuan mereka, bersama delegasi Malaysia.

Rivzi, berketurunan Pakistan, pada 2010 disabitkan kesalahan terlibat kes penipuan ratusan juta dolar Amerika tanpa kehadirannya di mahkamah di Jakarta dan dihukum 15 tahun penjara.

Ini dilaporkan berkaitan peranannya dalam kejatuhan Bank Century Indonesia, tetapi republik itu tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan UK. Sumber

0 comments:

Post a Comment